AntarabangsaHollywood

Amber Heard Dikecam Tidak Pakai Coli Ketika Ziarah Masjid Di Turki

Pelakon Amber Heard dikecam apabila memuat naik beberapa gambar ketika dia sedang menziarahi masjid di Turki ketika bercuti di sana baru-baru ini.

Netizen telah mengecam tindakannya yang tidak mengenakan pakaian yang bersesuaian serta tidak memakai coli sehingga menampakkan puting payudaranya dalam gambar tersebut walaupun Amber tampil berselendang.

Bekas isteri Johnny Depp itu menghabiskan masanya di sana biarpun kini kes mahkamah melibatkan dirinya dan Johnny masih lagi berjalan.

Kes mahkamah itu berkaitan tuduhan fitnah yang dilemparkan Amber terhadap kekerasan fizikal yang didakwa dilakukan Johnny sepanjang mereka bergelar suami isteri.

Salah satu komen yang ditinggalkan terhadap posting tersebut berbunyi, “Jika anda melawat institusi agama ia adalah sangat penting untuk anda menghormati adat dan budaya masyarakat setempat.”

“Awak tidak tutup rambut sepenuhnya, puting payudara kelihatan di sebalik baju awak dan awak kelihatan sakan bergambar di dalam tempat ibadat,” tulis komen seorang netizen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button