• FOLLOW US
Gosip Panas, Hiburan

Ameera Khan Kini Menyulam Cinta Dengan Anak Wakil Rakyat???

Adik kepada pengacara dan pelakon popular, Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kini dikatakan bercinta dengan anak kepada seorang wakil rakyat.

Menerusi satu instastory, Ameera dilihat memuat naik beberapa keping gambar dia dan jejaka menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing.

Malah, menerusi gambar di instastory itu juga, kelihatan aksi mesra jejaka berkenaan yang menggunakan nama @anwarazeez menyuap kek kepada Ameera dan turut tertera ucapan ‘Happy Birthday Love’.

Menerusi carian yang dibuat, didapati bahawa @anwarazeez atau Mohd Khairul Anwar adalah anak kepada Ahli Parlimen Baling iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Bagaimanapun, percubaan untuk melihat gambar-gambar yang dimuat naik di akaun instagram @anwarazeez tidak berjaya memandangkan tiada sebarang gambar yang dimuat naik.

Sebelum ini, Ameera pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Suhail Zulhasnan yang merupakan anak kepada bekas wakil rakyat Parlimen Setiawangsa iaitu Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Namun begitu, hubungan cinta antara Ameera dan Suhail sudah berakhir sejak Mei lalu. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram @littlemisskhan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend