• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Amitabh, Abhishek Bachchan Telah Disahkan Positif Virus Covid-19

Bintang legenda dan terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan bersama anakinya, Abhishek Bachchan telah disahkan positif Covid-19.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Amitabh menerusi satu muat naik di akaun twitternya pada hari ini dan kini ditempatkan di wad sebuah hospital.

Tidak lama kemudian, anaknya pula iaitu Abhishek turut memaklumkan menerusi Twitter bahawa dia juga telah dijangkiti virus tersebut.

“Kami berdua mengalami simptom ringan dan dimasukkan ke hospital. Kami telah menghubungi semua pihak yang berkaitan, ahli keluarga serta staf agar menjalani fujian saringan,” ujarnya.

Ujarnya, pihak berkaitan sudah dimaklumkan mengenai perkembangan ini dan menurut Bachchan, keluarga rapat turut diminta menjalani saringan.

>Baca: Kanye West Mengaku Dirinya Pernah Dijangkiti Virus Covid-19

Difahamkan bahawa kedua-duanya kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Nanavati yang terletak di Mumbai, India.

Amitabh Bachchan antara individu berprofil tinggi yang lantang bersuara mengenai kempen memerangi Covid-19. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend