AntarabangsaHollywood

Kanye West Mengaku Dirinya Pernah Dijangkiti Virus Covid-19

Sebelum ini rapper terkenal, Kanye West mengejutkan peminat apabila menyatakan mahu bertanding dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat.

Kini, penyanyi itu sekali lagi menggemparkan peminatnya apabila membuat kenyataan bahawa dia pernah dijangkiti virus Covid-19.

Kanye mengaku bahawa dia dijangkiti virus Corona itu pada bulan Februari lalu. Malas, dia pun telah melakukan segala usaha untuk sembuh.

“Saya menggigil dan gemetar di tempat tidur, mandi air panas dan menonton segala video tentang cara yang harus saya lakukan untuk mengatasinya.

“Saya ingat seseorang berkata kepada saya bahawa Drake terkena Covid-19 dan respons saya ‘Drake tidak mungkin lebih sakit daripada saya,'” jelasnya.

> Baca: Johnny Depp Pernah Ancam Mahu Potong Zakar Elon Musk

Selain itu, pemilik album Graduation dan Jesus Is King mengakui tidak percaya kepada vaksin anti Covid-19 dan berasa harus berhati-hati jika ada vaksin masuk ke dalam tubuhnya.

“Sudah ramai anak-anak kita yang divaksinasi dan dilumpuhkan. Jadi, saat mereka mengatakan bahawa cara untuk menangani Covid-19 adalah melalui vaksin, saya akan sangat berhat-hati,” ungkapnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button