• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Johnny Depp Pernah Ancam Mahu Potong Zakar Elon Musk

Aktor terkenal Hollywood, Johnny Depp mengancam akan memotong zakar Elon Musk sebagai reaksi terhadap hubungan dengan Amber Heard ketika mereka masih lagi menjadi pasangan suami isteri.

Menerusi laporan Dailymail.co.uk, Johnny membuat ancaman tersebut setelah Elon yang juga pengasas SpaceX dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas isterinya itu.

Bagaimanapun, jutawan SpaceX itu menafikan perkara berkenaan yang menegaskan dia dan Amber hanya mula menjalinkan hubungan selepas mereka bercerai.

Perkara berkenaan didedahkan menerusi perbicaraan kes mahkamah Johnny di London hari ini yang menyaman akhbar The Sun atas dakwaan memfitnahnya mendera Amber.

>Baca: Bekas Isteri Berak Atas Katil Punca Johnny Depp Hilang Sabar

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi London itu adalah tuntutan terhadap The Sun yang menggelarkan Johnny sebagai ‘pemukul isteri’.

Sebelum ini, pelakon terkenal itu juga pernah digugurkan daripada membawa wataknya dalam filem Pirates Of Carribean apabila dikatakan mendera bekas isterinya itu.

Bagaimanapun, Johnny pula mendedahkan bawa dirinya yang selalu menjadi mangsa dera Amber serta turut menyertakan beberapa bahan bukti.

Johnny dan Amber mendirikan rumah tangga pada tahun 2015, namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai dua tahun kemudian. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend