• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Bekas Isteri Berak Atas Katil Punca Johnny Depp Hilang Sabar

Pelakon Johnny Depp mendedahkan perbuatan bekas isterinya, Amber Heard membuang air besar di atas katil mereka merupakan kemuncak kepada konflik rumah tangga mereka sehingga membuatkannya nekad untuk berpisah dengan aktres tersebut.

Johnny memberikan pengakuan itu ketika kes perbicaraan melibatkan dirinya menyaman akhbar tabloid The Sun yang menuduhnya kaki pukul isteri.

Pelakon filem Pirates of the Carribean itu menyaman The Sun di atas penerbitan artikel pada April 2018 beserta dakwaan mengatakan dia seorang yang ganas serta suka memukul isteri.

Johnny turut menegaskan sepanjang berkahwin, dia tidak pernah bertindak kasar terhadap bekas isterinya itu.

Sebaliknya, Amber yang sering berkelakuan kasar, manipulatif serta memberi provokasi kepadanya sepanjang dua tahun mereka berkahwin.

Dalam perbicaraan itu juga, Johnny berkata Amber pernah berulang kali menumbuk mukanya serta mencederakan tangannya dengan membaling botol minuman keras kepadanya.

Perbicaraan tersebut dijangka akan bersambung selama tiga minggu dan antara saksi di pihak Johnny ialah bekas kekasihnya, Vanessa Paradis dan Winona Ryder yang akan memberikan keterangan mereka menerusi rakaman video.

Vanessa dan Winona sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan, sepanjang mereka berpacaran dengan Johnny, aktor itu tidak pernah naik tangan atau berkelakuan kasar terhadap mereka seperti mana yang dituduh Amber.

Johnny berkahwin dengan Amber pada 3 Februari 2015 dan mereka telah disahkan bercerai pada 13 Januari 2017. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend