• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Angelina Tak Kekok Bawa Anak Pergi Tempat Tumpuan Umum

Jika kebanyakan selebriti Hollywood lebih gemar menyembunyikan anak mereka daripada tumpuan umum, pelakon terkenal Angelina Jolie pula tidak kisah untuk mendedahkan anak mereka dengan kehidupan orang biasa.

Baru-baru ini,  Angelina, 43, meluangkan masa bersama anak perempuan , Zahara, 14, dan anak lelakinya, Knox, 11, ketika membeli belah di Century City, Los Angeles.

Angelina kelihatan sangat gembira dan santai di saat itu dengan hanya mengenakan pakaian kasual tanpa sebarang solekan di muka sambil berjalan memegang bekas air minuman.

Selain itu, tidak kurang juga rata-rata netizen turut menyatakan mereka tertawan dengan gaya kasual dan santai yang digayakan oleh anak-anak kepada aktres popular itu.

Walaupun Angelina seorang bintang popular, dia kelihatan dapat membiasakan diri membawa kedua-dua anaknya di tempat awam yang sentiasa sibuk dan ramai orang.

Sebelum ini, Angelina mendirikan rumah tangga dengan Brad Pitt pada 23 Ogos 2014 namun akhirnya pasangan ini berpisah pada 2016. Pasangan ini berkongsi tiga anak angkat iaitu Maddox, 18, Pax, 15, Zahara, 14, dan tiga anak kandung iaitu Shiloh, 13, serta pasangan kembar Knox dan Vivienne, 11 tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend