AntarabangsaHollywood

Anna Faris Ucap Tahniah Buat Chris Pratt Atas Pertunangannya

Selepas beberapa jam Chris Pratt mengumumkan pertunangan bersama teman wanitanya iaitu Katherine Schwarzenegger, Anna Faris turut meraikan dengan memberikan ucapan tahniah kepada bekas suaminya itu.

Perkara tersebut dilakukan oleh Anna menerusi ruangan komen yang ditinggalkan pada akaun Instagram pelakon Jurrasic World tersebut selepas Chris memuat naik gambar bersama Katherine beserta cincin pertunangan mereka.

“Saya sangat gembira di atas pertunangan anda berdua!! Tahniah!,” tulisnya.

Terdahulu Anna dan Chris telah berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jack yang kini berusia tujuh tahun.

Namun demikian, pasangan selebriti ini telah mengumumkan perceraian pada Oktober 2017 akibat tiada lagi persefahaman di antara mereka. -KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button