AntarabangsaHollywood

Antonio Banderas Dedah Hidap Covid-19 Ketika Ulang Tahun Kelahiran Ke-60

Pelakon filem Zorro, Antonio Banderas mendedahkan dirinya dijangkiti virus Coronavirus (Covid-19) dan dia membuat pengakuan itu di laman Twitternya menerusi catatan ulang tahun kelahirannya yang ke-60 semalam.

“Saya sihat sahaja cuma cepat penat daripada kebiasaan dan saya yakin yang saya akan sembuh secepat mungkin.

“Saya akan gunakan tempoh kuarantin ini untuk membaca, menulis dan berehat selain merancang pelbagai lagi aktiviti yang boleh saya lakukan sempena peningkatan usia 60 tahun ini,” tulisnya sambil berkongsikan gambarnya ketika bayi dalam warna hitam putih.

Selain Antonio, antara selebriti ternama lain yang pernah didiagnosis positif Covid-19 ialah Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson, Idris Elba, Amitabh Bachan dan Pink. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button