• FOLLOW US
Cerita Artis, Hollywood

Ariana Grande Menangis Ketika Konsert Di Kampung Halaman Bekas Kekasih

Penyanyi terkenal Ariana Grande ketika ini sedang sibuk dengan siri konsert jelajah di beberapa buah bandar di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, Ariana telah mengadakan konsert di Pittburgh, Pennsylvania yang merupakan kampung halaman penyanyi rap terkenal mendiang Mac Miller.

Umum mengetahui bahawa Ariana dan Mac Miller pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun, sehinggalah penyanyi rap itu mati akibat bunuh dari pada September tahun lalu.

Ternyata Arian memang sengaja menjadikan konsert di Pittsburgh itu sebagai satu tribute untuk bekas kekasihnya. Malah, sebelum konsert bermula beberapa buah lagu mendiang telah diputarkan.

Ketika mendedangkan lagu Thank U, Next yang didedikasikan kepada bekas-bekas kekasihnya, Ariana tidak dapat menahan sebak kita menyebut nama Mac Miller.

Ketika melihat penyanyi itu menangis, para peminat yang menonton konsert tersebut segera menjerit untuk memberikan sokongan. Manakala penari iringan juga berusaha membuatkan penyanyi itu supaya tenang.

Selain itu, Ariana juga tidak mampu menahan tangisan ketika menyanyikan lagu Raindrops (An Angel Cry) yang dikatakan sebuah lagu menceritakan perjalanan cinta Ariana dan Mac Miller. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend