EventHiburan

11 Pemuzik Bakal Meriahkan SoundValley Festival 2017

Setelah memasuki tahun yang ketiga, kali ini penganjuran Malaysia Autoshow 2017 menampilkan sedikit kelainan apabila bakal dimeriahkan dengan persembahan artis ternama yang terdiri daripada 11 kumpulan pemuzik tempatan dan antarabangsa, termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun dan England menerusi acara SoundValley Festival 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Institute (MAI), Datuk Madani Sahari berkata, gandingan Malaysia Autoshow 2017 bersama Festival SoundValley dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran di bawah satu bumbung dan selari dengan pameran permotoran terbesar di Malaysia.

“Pada tahun ini Malaysia Autoshow 2017 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung dengan lebih banyak lagi tarikan. Penganjuran SoundValley Festival adalah tarikan baru selari dengan perkembangan Malaysia Autoshow.

“Kali ini Festival SoundValley dan Malaysia Autoshow 2017 menghimpunkan peminat muzik dan permotoran dalam acara yang penuh kemeriahan bagi semua pengunjung Malaysia Autoshow 2017,” ujarnya dalam satu sidang akhbar yang berlangsung semalam.

Madani menyatakan penganjuran Malaysia Autoshow 2017 akan lebih meriah dengan adanya SoundValley Festival 2017.

SoundValley Festival 2017 yang dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn. Bhd. akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang hingga 11.30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bersempena Malaysia Autoshow 2017.

Menurut beliau, antara antara artis ternama yang bakal membuat persembahan untuk dua hari festival seperti Bunkface, Hujan, Wings, May, Metalasia, Fiftyone50 dan Cassandra serta artis luar negara seperti Bloc Party (UK), Barasuara (Indonesia) dan Loudness (Jepun).

Sementara itu, Datuk Awie mewakili kumpulan Wings yang merupakan salah sebuah kumpulan yang akan membuat persembahan memberitahu bahawa ia merupakan satu penghormatan buat kumpulannya apabila dapat berkongsi pentas dengan pemuzik-pemuzik ternama.

“Sudah tentu kami berbangga kerana dapat beraksi dengan pemuzik hebat yang lain dan saya lihat penganjuran acara Soundvalley Festival 2017 ini sesuatu yang cukup unik apabila dapat mengumpulkan mereka yang berminat dengan kereta dan muzik.

“Ternyata dengan penganjuran yang buat julung-julung kalinya diadakan ini diharapkan dapat memberikan hasil yang terbaik agar ia dapat terus dianjurkan pada masa akan datang,” ujarnya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan artis di Soundvalley Festival 2017 sudah mula dijual dengan harga bermula daripada RM98 hingga RM836.

Bagi mereka yang ingin hadir ke acara tersebut, sebarang maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari layari laman web www.airasiaredtix.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button