Rancangan TVTV

Astro Tayang Program Penuh Keberkatan Sempena Sambutan Aidiladha

Pelbagai program tv menarik telah direncana Astro bagi menyambut keberkatan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Bertemakan Jauh Di Mata, Dekat Di Hati, Astro menyajikan pelbagai program yang merangkumi rancangan hiburan Islamik bersama tokoh-tokoh Islam negara, telefilem yang menampilkan nama-nama popular tanah air, drama bersiri serta program kanak-kanak dan siri animasi.

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, “Saluran-saluran Melayu di Astro sudah sinonim dengan sajian hiburan berterusan, terutamanya pada setiap musim perayaan.”

“Menggalas tanggungjawab sebagai peneraju kandungan hiburan Melayu utama tanah air, Astro tetap dengan tradisinya untuk menyediakan pelbagai sajian nurani yang penuh bermakna dan bermanfaat, sesuai dan relevan buat tontonan masyarakat Islam di Malaysia khususnya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini,” katanya.

> Baca: Pengorbanan Suci Jadi Tema Sambutan Aidiladha TV AlHijrah

Antara yang menarik di Astro sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini termasuklah Ibrah Qurban (bersama pengacara Fakhrul UNIC) yang disiarkan setiap hari, jam 6.30 petang mulai 24 hingga 31 Julai di Astro Oasis, yang mana ia bakal mengupas erti pengorbanan pelbagai individu untuk memperkayakan kehidupan dan rohani mereka.

Juga ditawarkan di Astro Oasis adalah program Demi Pengorbanan (setiap Rabu, jam 7.30 petang, sehingga 30 September) bersama Ustaz Don Daniyal yang bakal menyentuh tentang persediaan seseorang itu sebelum ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Haji, serta pandemik COVID-19 yang merubah suasana haji pada tahun ini.

Selain itu, Iman & Aman kembali untuk musim keduanya bersama Imam Haji Mohd Akib yang bakal memberikan suntikan kesedaran kepada orang ramai dalam mencari erti barakah dalam kehidupan mereka. Program ini disiarkan pada setiap Isnin, jam 7 malam, di Astro Oasis.

Saluran gaya hidup Muslim moden, Naura pula mengukuhkan lagi tema ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ dengan program The Days of Hajj (di aplikasi Astro GO), sebuah dokumentari membantu menambahkan pemahaman yang menyeluruh terhadap kisah perjalananan ke Mekah dan Madinah yang merupakan bandar kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Mula disiarkan sejak 24 Julai lalu, program Labayk Allahuma Labayk menekankan tentang perjalanan para jemaah untuk menziarah tanah suci Mekah serta usaha mereka dalam meningkatkan rasa rendah diri dalam menunaikan ibadah haji.

Pada 31 Julai, jam 3 petang penonton boleh menikmati program Journey to Mecca, sebuah dokumentari tentang perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu. Pada jam 9 malam pula, saksikan Naura Shares bersama Ajak Shiro di mana beliau akan berkongsi tentang perjalanan beliau menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan anak-anaknya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button