• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Awie Berzikir Ketika Cukur Rambut Sewaktu Mengerjakan Umrah

Penyanyi dan pelakon Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie menyatakan dia hanya berzikir dan menutup mata sahaja semasa kepalanya dicukur sehingga botak oleh tukang gunting rambut sewaktu mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

Awie berkata, sepanjang hidupnya termasuk bergelar artis, itu merupakan kali pertama dia membotakkan kepalanya dan ia dilakukan sewaktu hari kelahirannya yang ke-50.

“Sebenarnya saya sendiri terkejut dengan penampilan baru ini. Selepas membotakkan kepala, lebih sehari saya tidak tengok cermin. Kalau masuk bilik air pun saya akan pakai snow cap.

“Kemudian saya mahu beritahu isteri, tetapi tak tahu nak cakap macam mana. Rupanya dia dah dapat jangka yang saya botakkan kepala,” ujarnya ketika ditemui KopiPlanet.com petang tadi sewaktu pelancaran filem televisyen Berani Jadi Papa.

Awie bersama rakan-rakan motorsikalnya di bawah kelab Wings Moto Gang Society (WMGS) telah mengerjakan ibadah umrah pada 18 hingga 29 November yang lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya perasaan apabila dapat mengerjakan umrah buat kali pertama, Awie memberitahu ia adalah suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

“Saya bersyukur kerana dapat juga merasai seperti apa yang orang lain rasa. Walaupun bukan ibadah Haji, namun apabila sampai di Mekah, saya sudah pasang niat dan berdoa agar dapat melaksanakannya (Haji) nanti.

“Alhamdulillah… sepanjang mengerjakan umrah juga saya berasa cukup tenang. Syahdunya apabila dapat menjejakkan kaki di tempat kelahiran Rasulullah,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perkembangan terbaharunya, Awie memberitahu dia muncul dalam filem televisyen Berani Jadi Papa dengan membawakan watak sebagai seorang artis veteran bernama Sani Joned. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend