Cerita ArtisHiburan

Azharina Ambil Masa Enam Bulan Sebelum Setuju Rakam Lakar Janji

Juara Gegar Vaganza 3 (GV3), Azharina Azhar mengakui mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Dr. Irma Entertainment untuk merakamkan single Lakar Janji.

Azharina berkata, dia mengambil masa yang agak lama untuk memberikan persetujuan kerana mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kepada dirinya sebelum ini.

“Ketika mula-mula hendak menjalinkan kerjasama dengan Dr. Irma Shida selepas menjuarai GV3 dahulu, saya tidak terus memberikan persetujuan.

“Sebaliknya, kami bina hubungan sebagai sahabat terlebih dahulu dan selepas beberapa siri perbincangan dibuat, barulah saya bersetuju untuk merakamkan single ini,” ujarnya.

Penyanyi berkenaan berkata demikian ketika ditemui media sewaktu majlis pelancaran single dan muzik video terbaharu Lakar Janji yang berlangsung baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai harapannya untuk single baharu berkenaan, Azharina menyatakan dia berharap agar Lakar Janji dapat diterima oleh pendengar.

Jelasnya, dia turut meletakkan harapan yang tinggi agar single terbaharunya itu nanti akan dapat dicalonkan ke Muzik-Muzik dan seterusnya bertanding di Anugerah Juara Lagu.

“Saya sasarkan lagu ini akan dapat dipertandingkan dalam Muzik-Muzik bagi mengubati kekecewaan single saya sebelum ini iaitu Cinta Terbahagi Dua yang tidak dicalonkan sebelum ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Irma selaku pencipta dan penulis lirik lagu Lakar Janji memberitahu bahawa dia memilih Azharina untuk menyanyikan lagu berkenaan kerana merasakan dia individu yang mampu membawakan lagu berkenaan.

“Semasa saya mencipta lagu ini, saya sedang mencari penyanyi yang sesuai dan kebetulan Azharina baru sahaja dinobatkan sebagai juara GV3.

“Kemudian saya fikir dia merupakan penyanyi yang paling sesuai kerana kekuatannya membawakan lagu-lagu yang berentak balada,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button