AntarabangsaHollywood

Gaun ‘Bogel Sebelah’ Jennifer Lopez Hiasi Majalah Instyle

Penampilan terbaharu penyanyi Jennifer Lopez menggayakan gaun seksi yang terdedah sepenuhnya di bahagian kanan badannya menarik perhatian peminatnya.

Gayanya dalam gaun seksi berwarna hijau itu sempena menghiasi muka hadapan majalah fesyen Instyle untuk keluaran terbaharunya.

Menurut, Jennifer atau lebih dikenali sebagai J.LO dia sentiasa tampil yakin biarpun sering dikritik mempunyai punggung besar.

“Saya hanya menjadi diri sendiri. Dalam keluarga saya, kami sentiasa meraikan bentuk badan biarpun ada yang sedikit berisi ataupun kurus,” katanya.

Menerusi sampul hadapan majalah itu, J.Lo menggayakan gaun mewah rekaan Valentino yang menyerlahkan tubuh badannya yang menjadi idaman wanita seluruh dunia.

Kebanyakan peminat memuji badan J.Lo yang disifatkan antara wanita terseksi di dunia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button