AntarabangsaHollywood

Badan Makin Langsing, Rebel Wilson Kongsi Gambar Teman Lelaki

Pelakon Rebel Wilson, 40, yang kini tampil dengan imej lebih langsing tampil berkongsi gambar bersama teman lelakinya, Jacob Busch menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.

Foto itu turut diambil bersama rakan pelakon lain seperti Helen Mirren dan Kate Beckinsale sebelum mereka sama-sama berlepas ke Monaco untuk menghadiri Malam Gala Kesihatan yang dianjurkan Putera Albert dari Monaco pada Khamis lalu.

“Mereka sedang hangat bercinta. Jacob merupakan seorang lelaki yang baik dan sangat menyayangi Rebel. Jacob juga sering memberikan motivasi dan semangat untuk Rebel meneruskan misi dalam mengurangkan berat badannya,” kata sumber yang rapat dengan pasangan itu.

Rebel dan Jacob diperkenalkan oleh kawan mereka pada tahun lalu dan hubungan mereka menjadi lebih serius selepas pelakon itu mengambil keputusan menetap bersama di kediaman teman lelakinya di California, Amerika Syarikat.

Rebel yang berasal dari Sydney, Australia cukup dikenali dengan watak Fat Amy menerusi francais filem muzikal komedi Pitch Perfect. Rebel dikhabarkan sudah kehilangan berat badan sebanyak 18 kilogram sejak mula menjalani gaya hidup sihat setahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button