• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Baju BTS Ke Anugerah Grammy Dipamerkan Di Muzium

Satu lagi sejarah dicipta kumpulan K-Pop paling popular di dunia iaitu BTS apabila pakaian yang digayakan setiap ahli kumpulan itu akan dipamerkan menerusi satu muzium dan galeri khas yang diwujudkan oleh pihak Grammy.

Peminat setia BTS yang digelar Army pastinya teruja apabila berpeluang melihat dengan lebih dekat persalinan bergaya yang diperagakan bintang K-Pop kesayangan mereka di muzium yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat itu.

Menerusi acara Anugerah Grammy edisi ke-61 yang diadakan pada awal tahun ini, BTS tercalon menerusi kategori Best Recording Package namun rezeki tidak menyebelahi mereka.

Untuk Grammy 2020, BTS berkemungkinan besar akan tercalon dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance, Song/Record of the Year dan Best Music Video menerusi lagu duet mereka dengan Halsey berjudul Boy With Luv. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend