• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Baju Raya Ketat Digayakan Izreen Azminda Dikritik Netizen

Sejak mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda Aznam dilihat lebih memberikan fokus terhadap menguruskan keluarga.

Kini sedang menanti detik melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Ude, Izreen yang sarat hamil lapan bulan berkongsikan foto rayanya bersama suami tercinta di kampung halaman.

Namun, langkahnya memuat naik gambar tersebut mendapat kecaman ramai netizen apabila kebanyakan daripada mereka tidak menyukai fesyen baju ketat yang digayakan Izreen pada sambutan lebaran kali ini.

Netizen berpendapat pakaian Izreen tidak sesuai untuk dipakai wanita hamil kerana terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

 

Izreen mendirikan rumah tangga dengan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Ude kemudiannya menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh pada 22 Mac 2018 selepas lima tahun berkahwin. Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki, Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 2 tahun.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza Baharuddin pada 2012 namun bercerai dua tahun kemudian.

Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia enam tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend