Cerita ArtisHiburan

Banyak Aksi Panas Ustaz Adam, Syafiq Kyle Tak Takut Dikecam

Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia tidak takut dikecam netizen susulan banyak aksi panas yang bakal dilakonkannya menerusi drama sambungan Nur iaitu Nur 2.

Menurut Syafiq yang memegang watak Ustaz Adam, dia hanya menjalankan kerjanya sebagai seorang pelakon seperti yang dituntut oleh pengarah.

“Itu bukan sayalah kalau kata takut dikecam netizen. Saya buat ini pun untuk diri saya, untuk kepuasan berlakon. Apa yang boleh saya cakapkan Nur 2 kali ini memang banyak babak-babak panas daripada watak Ustaz Adam.

“Saya sebagai pelakon hanya mengikut skrip seperti yang dah ditulis. Skrip Nur ini sangat bagus, abang Ijat (pengarah Nur) dia ada idea yang lain daripada pengarah lain.

“Selain ideanya selalu di luar kotak, cara penyampaiannya itu juga dibuat dengan cara yang bijak dan kreatif,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Syafiq ditemui pada majlis pelancaran muzik video Semakin nyanyian Siti Sarah yang berlangsung di Redbox The Gardens Mall, Kuala Lumpur semalam.

Bakal ditayangkan pada bulan Mac ini, Nur 2 masih mengekalkan barisan pelakon asalnya termasuk Amyra Rosli, Azhan Rani, Nor Khiriah, Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Atiq dan Fatimah Abu Bakar.

Nur 2 juga bakal menyaksikan pertambahan watak Juita yang dilakonkan aktres Azar Azmi. Watak itu terlebih dahulu ditawarkan kepada Nelydia Senrose namun pelakon cantik itu terpaksa menolak berikutan aksi-aksi daring yang perlu dilakonkan oleh watak Juita.

“Karakter Juita itu sangat menarik dan saya faham kenapa Nelydia tolak watak Juita. Lagi pula dia baharu sahaja balik dari Mekah sebab watak Juita itu memang sangat-sangat daring. Kalau tiada watak itu memang tidak akan hidup Nur 2.

“Saya belum lagi shooting dengan Azar untuk Nur 2 tapi saya pernah bekerjasama dengan dia menerusi satu drama sebelum ini, saya yakin watak Juita ini boleh menyerlahkan lagi bakat Azar,” ujar Syafiq.

Sementara itu, Syafiq turut berkongsi kesemua pelakon dan krew produksi telah diletakkan syarat ‘ketat’ yang mana mereka diminta tidak memuat naik sebarang babak Nur 2 di media sosial sebelum pihak stesen televisyen melakukannya terlebih dahulu.

“Kali ini pihak produksi tetapkan syarat tak boleh berkongsi babak-babak di media sosial sebelum pihak TV3 tayang dulu. Sebelum ini ada beberapa babak Nur yang bocor, jadi kali ini mereka tidak mahu ia berulang lagi sebab mereka nak bagi penonton lagi trigger nak tengok drama ini.

“Kami boleh rekod babak-babak di set penggambaran cumanya tidak boleh muat naik lagi ke media sosial sebelum dibenarkan pihak produksi,” katanya lagi.

Drama Nur yang mencipta fenomena pada bulan puasa tahun lalu diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button