Viral

OST Pinjamkan Hatiku Cecah Lebih 40,000 Tontonan

SATU pencapaian yang membanggakan apabila muzik video terbaharu nyanyian Ayda Jebat dan Adi Priyo berjudul Pinjamkan Hatiku telah berjaya mencapai lebih 40,000 tontonan dalam masa sehari sejak ia dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube semalam.

Setakat artikel ini ditulis, muzik video ini telah menerima 41,641 tontonan daripada netizen.

Pinjamkan Hatiku merupakan soundtrack untuk filem dengan judul sama yang juga merupakan lakonan Ayda bersama Shaheizy Sam dan ia merupakan lagu duet Ayda bersama vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo.

Yang menariknya, Ayda sendiri telah bertindak selaku pengarah bagi muzik video Pinjamkan Hatiku dengan kerjasama produksi The Malaya TV.

Ketika ditanya mengapa Adi dipilih menjadi rakan gandingannya, Ayda memberitahu dia menginginkan seorang penyanyi lelaki yang terkenal dengan imej lagu-lagu patah hati agar naskhah terbaharu itu mampu mencipta fenomena tersendiri.

“Saya nak feel Indonesia itu, susah nak dapat feel tersebut dan sebab itu saya nak Adi jadi rakan duet. InsyaAllah, saya harap lagu ini menjadi fenomena dan hits, sama seperti lagu Ombak Rindu,” katanya ketika ditemui KopiPlanet pada majlis pelancaran OST dan trailer Pinjamkan Hatiku.

Filem Pinjamkan Hatiku yang bakal ditayangkan pada 30 November ini dibintangi Ayda, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Azizah Mahzan dan Normah Damanhuri.

Pinjamkan Hatiku merupakan filem arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Aurawhite Global Sdn. Bhd dan Nuansa Film Sdn. Bhd. Turut tampil dalam filem ini adalah Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button