• FOLLOW US
Filem, Terkini

Beberapa Fakta Menarik Tentang Filem Santet: Black Magic

Kalau diikutkan tidak sampai seminggu sahaja lagi filem Santet: Black Magic akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei iaitu pada 25 Oktober ini.

Filem arahan Helfi Kardit itu mengisahkan tentang sebuah keluarga yang pulang ke Indonesia setelah menetap agak lama di Amerika Syarikat.

Sebaik pulang ke Indonesia, keluarga tersebut telah dihantui dengan pelbagai peristiwa aneh serta menakutkan gara-gara ilmu hitam yang ditujukan kepada mereka.

Memandangkan Santet: Black Magic akan ditayangkan tidak lama lagi, KopiPlanet.com senaraikan beberapa fakta menarik tentang filem tersebut.

*Santet: Black Magic sudah ditayangkan di pawagam Indonesia pada 4 Oktober lalu dengan menggunakan tajuk The Origin Of Santet.

*Di Indonesia sahaja, ia sudah ditonton lebih daripada 200,000 penonton dalam tempoh hampir dua minggu tayangan.

*Filem ini menampilkan gabungan barisan pelakon dari tiga buah negara iaitu United Kingdom, Indonesia dan Filipina.

*Ia dibintangi oleh pelakon kelahiran United Kingdom, Kelly Brook yang merupakan bekas kekasih kepada pelakon terkenal Hollywood iaitu Jason Statham.

*Sebelum ini Kelly Brook pernah terbabit dalam beberapa filem Hollywood seperti The Italian Job dan Piranha serta dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Survival Island.

*Lain-lain pelakon yang turut membintangi filem ini seperti Marcelino Lefrandt, Ray Sahetapy and Ayu Dyah Pasha serta pelakon kelahiran Filipina iaitu Jazz Ocampo.

*Sebanyak 90 peratus dialog dalam filem ini adalah Bahasa Inggeris, manakala 10 peratus lagi adalah Bahasa Indonesia.

*Pengarahnya, Helfi Kardit merupakan antara yang kerap menghasilkan filem-filem seram dan paling diingati adalah Arwah Goyang Karawang membabitkan lakonan arwah Julia Perez dan Dewi Perssik (insiden pergaduhan membabitkan kedua-dua pelakon tersebut semasa penggambaran).

*Helfi menyatakan kos untuk membayar Kelly Brook bagi membintangi filem itu sahaja sama nilainya dengan kos menghasilkan sebuah filem seram Indonesia.

 

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend