• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Bekas Anggota Hyper Act Kini Bergelar Vokalis Baru Kristal

Bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik diumumkan sebagai vokalis baharu band Kristal bagi menggantikan ketiadaan vokalis asal, Lan yang kini bergerak solo.

Pemilihan Kecik atau nama sebenarnya, Mohamas Fauzi Kamaruddin, 24, dibuat secara sebulat suara oleh ketiga-tiga ahli kumpulan Kristal iaitu Rody, Kecik Afifi dan Acap.

Menurut Rody selaku ketua kumpulan, mereka sepakat memilih Kecik kerana keserasian yang tercipta di antara mereka.

“Sebelum pilih Kecik kami ada ajak rakan-rakan artis yang berminat untuk jamming bersama kami.

“Antara artis yang jamming dengan kami ialah Achey, Ewal, Iqram, Erman Rockanova dan Kecik. Dari maklum balas peminat, ramai suka kalau Kecik menjadi vokalis kami.

“Secara rasmi, Kecik telah sertai Kristal sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini pun kami memang sering mengundang Kecik kalau ada undangan persembahan.

“Dia pun memang dah serasi dengan lagu-lagu kami selain kami semua sekepala, jadi tiada masalah untuk kami bekerjasama, cuma saya harap peminat Kristal tidak membanding-bandingkan Kecik dengan vokalis terdahulu Kristal. Kami dah move on harap peminat pun sama,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Kristal ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Kristal, Cintaku Kristal di G-Tower, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Kecik turut berterima kasih kepada ahli Kristal kerana memberikannya peluang untuk meneruskan legasi kumpulan yang popular dengan lagu Delaila itu.

“Ini merupakan peluang kedua yang saya dapat selepas dengan kumpulan terdahulu.

“Cuma saya harap peminat tidak membandingkan saya dengan penyanyi terdahulu.

“Kristal yang baharu ini akan cuba berikan yang terbaik buat semua peminat kami.

“Saya tiada masalah nak blend in dengan muzik rock old school yang dibawakan Kristal dan saya tidak akan terbawa-bawa dengan genre muzik moden yang pernah dipopularkan band terdahulu saya,” kata Kecik.

Kristal sebelum ini berdepan kemelut apabila Lan mengambil keputusan untuk menarik diri selepas terasa hati dengan kenyataan yang dibuat Rody mengatakan mereka merehatkan dirinya sepanjang penglibatan Lan dalam Gegar Vaganza 4.

Dalam pada itu, Kristal bakal mengadakan mini showcase di The House, G-Tower pada 24 November ini. Tiket berharga RM60 kini sudah boleh didapati di The House. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend