• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Bekas Kekasih Sufian Suhaimi Meriahkan Majlis Resepsi Elfira Loy

Bekas teman wanita penyanyi Sufian Suhaimi, 27, yang dikenali sebagai Izyan antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis resepsi pelakon Elfira Loy, 25, dan suaminya, Faris Khairol Anuar pada Sabtu lalu.

Elfira berkongsi gambar kenangan dengan Izyan, 27, menerusi laman Instagram beserta kapsyennya yang turut mendoakan gadis itu cepat dipertemukan jodoh.

“Kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain. Terima kasih kerana datang ke majlis resepsi saya. Semoga Allah membalas kebaikan kamu dan semoga dipercepatkan jodoh juga. Terima kasih Izyan,” tulis Elfira.

Sufian sebelum ini didakwa meninggalkan Izyan demi mengejar cinta Elfira.

Penyanyi Di Matamu itu kemudiannya bertunang dengan Elfira pada Oktober 2017 sebelum putus empat bulan kemudian.

Elfira dan Faris, 28, diijabkabulkan pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend