• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Bekas Suami Dianiaya, Bella Astillah Luah Rasa Simpati

Bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meluahkan rasa simpatinya kepada keadaan bekas suaminya itu.

Bella menerusi Instagram miliknya berkata, Aliff telah dianiaya oleh orang yang baru sahaja dikenalinya.

“Saya sangat-sangat sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga.

“Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru sahaja dia kenal Yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam,” jelasnya.

Menurut Bella, sebelum pergi bercuti ke Melbourne, Australia baru-baru ini, dia ada pergi ke Singapura untuk membawa anaknya Ayden meluangkan masa bersama-sama dengan Aliff.

Dalam pada itu, Bella menyatakan dia tidak ada menyimpan dendam dan sudah 100 peratus memaafkan bekas suaminya itu.

“Aliff seorang yang bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada sesiapun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya.

“Soal tattoo boleh check ig @leahenna_artis sebab Kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend