Cerita ArtisHiburan

Bella Astillah Akui Sudah Kembali Dengan Aliff Aziz, Kini Berbadan Dua

Teka-teki mengenai hubungan antara Bella Astilla dan Aliff Aziz akhirnya terjawab setelah dia mengakui kembali bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Perkara tersebut dijawab oleh Bella sendiri menerusi pertanyaan peminat sama ada dia sudah berkahwin semula dengan Aliff di ruangan komen di gambar yang dimuat naik olehnya.

“Alhamdulillah, masa dalam iddah lagi jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ye,” ujarnya yang menjawab pertanyaan salah seorang peminatnya itu.

Pada masa sama, Bella juga turut mengakui kini sedang berbadan dua dan mendapat banyak ucapan tahniah daripada peminat-peminatnya di ruangan komen.

Kedua-duanya telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan tersebut sebelum ini pernah membuat keputusan untuk berpisah pada 16 Mei 2019. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button