Rancangan TVTV

Berani Bangkit Perkongsian Tentang Saham Menerusi Rancangan Travelog

Berpengalaman luas selama 21 dalam bidang pelaburan saham ternyata memberikan idea kepada pengasas Asri Ahmad Academy untuk menerbitkan sebuah program berjudul Berani Bangkit.

Pengasasnya, Asri Ahmad berkata, menerusi program berbentuk travelog itu, ia akan memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang ilmu pelaburan.

“Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendidik masyarakat terutamanya orang Melayu kerana terdapat stigma berhubung pelbagai penipuan dalam skim pelaburan.

“Jadi, saya mengambil inisiatif dengan menghasilkan sebuah program televisyen iaitu Berani Bangkit bagi menarik perhatian masyarakat untuk ubah kehidupan dan menambahkan pendapatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran rancangan travelog-dokudrama Berani Bangkit yang berlangsung baru-baru ini.

Ujarnya, program berkenaan yang mempunyai lapan episod itu telah menjalani penggambaran di Jeju, Korea Selatan dengan menampilkan beberapa individu yang berjaya dalam bidang pelaburan.

“Untuk peringkat awal rancangan ini, kami tidak akan terlalu menjurus sangat kepada cerita tentang pelaburan semata-mata kerana ia akan membuatkan penonton enggan menontonnya.

“Sebaliknya, setiap episod ia akan menampilkan seorang individu yang diundang untuk berkongsi tentang kejayaan mereka dalam bidang pelaburan dan kemudian akan diselitkan pula dengan ilmu-ilmu tentang pelaburan yang patuh syariah,” ujarnya.

Sementara itu, penerbit rancangan iaitu Fazlan Mutalib pula menjelaskan Jeju dipilih menjadi lokasi memandangkan ia adalah tempat yang cukup popular dalam kalangan anak-anak muda.

Ujarnya, hal yang demikian kerana rancangan ini sememangnya menyasarkan golongan muda dan mahu mesej yang ingin disampaikan dapat diterima mereka.

“Kalau dilihat isi kandungan dalam Berani Bangkit ini agak berat, tetapi kami gabungkan dengan suasana yang santai dan kelihatan menarik, jelasnya.

Berani Bangkit akan mula bersiaran di saluran Astro Oasis setiap hari Sabtu pukul 9.00 malam bermula pada 14 Disember 2019 sebanyak lapan episod. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button