AntarabangsaHollywood

Bercuti Bersama Di Perancis, Brad Pitt Bercinta Dengan Model Jerman?

Pelakon Brad Pitt, 56, kini dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang model kelahiran Jerman, Nicole Poturalski, 27, selepas mereka dilihat menghabiskan masa bercuti bersama di Perancis baru-baru ini.

Pasangan itu mendarat di negara tersebut dengan menaiki jet peribadi secara berasingan sebelum terbang bersama ke satu destinasi rahsia.

Awal tahun ini, bekas suami Angelina Jolie itu digosipkan bercinta dengan pelakon Alia Shawkat namun aktres tersebut membidas khabar angin tersebut dengan mengatakan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar berkawan.

Brad sebelum ini pernah berkahwin dengan Jennifer Aniston dan Angelina Jolie. Hasil perkongsian hidup dengan Angelina, Brad mempunyai enam anak, Shiloh, 14, dan kembar, Knox dan Vivienne, 12, temasuk tiga anak angkat yang dibela pasangan itu sejak dari kecil iaitu Maddox, 19, Pax, 17, dan Zahara, 15. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button