• FOLLOW US
Gaya Hidup

Beri Kesedaran Penyakit Diabetik, CARiNG & Nestle Anjur Forum Awam

Sempena meraikan Hari Diabetes Sedunia 2019, farmasi CARiNG dengan usahasama Nestle Health Science telah menganjurkan Forum Awam Live Well with Diabetes yang berlangsung di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Menurut kajian yang dilakukan Kementerian Kesihatan, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes, yang mana mencatatkan angka tertinggi di Asia selain antara yang tertinggi di dunia juga.

Pengarah Urusan CARiNG, Chong Yeow Siang berkata penyakit diabetik perlu diberi perhatian oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan antara penyakit nombor satu yang menyerang penduduk di sini. Sehubungan itu, program seperti ini adalah penting bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghindarkan diri daripada penyakit kencing manis.

“Diabetis adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami dan ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan utnuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini.

“Kami berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Nestle Health Science dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati daripada kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perbuahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan kami,” katanya.

Menerusi program itu juga, pihak Nestle telah memperkenalkan sebuah produk minuman terbaharu yang sesuai untuk pesakit diabetik iaitu Nutren Diabetik yang boleh diambil sebagai pengganti sarapan pada setiap hari. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend