• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Beyonce, Kim Kardashian Hadiri Memorial Kenang Kobe Bryant

Beyonce, Jennifer Lopez dan Kim Kardashian dilihat antara selebriti yang hadir memberikan penghormatan dalam majlis memorial mendiang bintang bola keranjang dunia, Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna yang terkorban dalam nahas helikopter pada 26 Januari lalu.

Pada majlis itu, isteri Kobe, Vanessa mengenang kembali kenangan manisnya bersama kedua-dua mendiang sehingga membuatkan semua tetamu mengalirkan air mata di lokasi memorial di Staples Center, Los Angeles, baru-baru ini.

Antara selebriti lain yang turut hadir ialah Queen Latifah, Jay-Z, Snopp Dogg, LL Cool J dan Paula Abdul.

Beyonce, Christina Aquilera dan Alicia Keys turut mendedikasikan lagu pada majlis tersebut bagi mengenang jasa mendiang Kobe yang banyak memberikan sumbangan dalam pembangunan sukan itu di negara Uncle Sam.

Menceritakan lebih lanjut mengenai anak perempuannya, Vanessa berkata, “Gianna seorang anak yang baik, sentiasa berikan ciuman selamat pagi dan malam kepada saya.

“Gianna adalah anak kesayangan bapanya tapi saya tahu dia sangat menyayangi saya. Dia adalah salah seorang daripada kawan baik saya.

“Senyumannya seperti mentari yang menerangi saya. Kobe sentiasa cakap yang Gianna adalah saya sebab dia mempunyai personaliti sama seperti sama. Saya rindu wajah cantik Gianna,” ujarnya sekali gus mengundang sebak tetamu yang hadir.

Kobe dan Gianna serta tujuh yang lain terkorban dalam nahas helikopter di Calabasas, California sewaktu ingin menghadiri perlawanan bola keranjang. Nahas itu dipercayai berlaku akibat keadaan cuaca yang tidak baik. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend