AntarabangsaBollywood

Bintang Bollywood Ziarah Bapa Mertua Kajol Meninggal Dunia

Berita kematian bapa mertua Kajol iaitu pengarah Veeru Devgan mengejutkan ramai bintang popular Bollywood yang hadir memberikan penghormatan terakhir pada Isnin lalu.

Veeru yang merupakan pengarah filem aksi adalah bapa kepada pelakon Ajay Devgan. Mendiang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung.

Antara selebriti yang dilihat hadir pada majlis itu ialah Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai dan suami, Abhishek Bachchan, Sanjay Dutt, Sunny Deol dan Bobby Deol.

Selain pelakon, barisan pengarah seperti Ayan Mukerji dan Sajid Khan turut hadir pada majlis pengebumian mendiang Veeru.

Ajay berkahwin dengan Kajol pada Februari 1999. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button