AntarabangsaKpop

Blackpink Atasi BTS Miliki Subscriber YouTube Paling Tinggi

Kumpulan Blackpink ketika ini menjadi artis Kpop yang paling popular apabila memiliki subscriber tertinggi di laman YouTube.

Menerusi kenyataan syarikat agensi pengurusan YG Entertainment, sehingga kini Blackpink sudah mencatat 42.3 juta subscriber.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan Kpop yang menjadi kegilaan ramai iaitu BTS kini memiliki sebanyak 33 juta subscriber.

Menurut kenyataan itu lagi, jumlah subscriber di platform berkenaan dilihat sebagai salah satu cara untuk melihat populariti artis.

> Baca: 4 Bulan Bercinta, Demi Lovato Kini Bergelar Tunangan Max Ehrich

“Setiap hari akan ada kandungan baharu di platform itu dan jumlah subscriber pastinya dianggap sebagai lambang sokongan dan kesetiaan terhadap seseorang artis.

“Memandangkan YouTube kini memainkan peranan penting dalam pasaran muzik global, kami mengganggap pencapaian ini sebagai satu rekod yang sangat berharga,” ujarnya.

Ternyata jumlah subscriber berkenaan turut mengatasi beberapa artis antarabangsa lain seperti Ariana Grande (42.2 juta), Taylor Swift (38.5 juta) dan Katy Pery (37.7 juta). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button