Vlogger Sentap Tidak Dapat Undangan Ke Malam Gala Filem
Rasanya dah lama Cik Kopi tak menulis di ruangan ini maklumlah tak berapa nak ada gosip-gosip panas sejak kebelakangan ini.
Yang terbaharu, Cik Kopi ada terdengar tentang mengenai seorang vlogger yang gemar mengkritik filem-filem tempatan dan luar negara ‘meroyan’ sebab dia tak dapat jemputan untuk menghadiri malam gala tayangan filem tempatan yang bakal diadakan pada Rabu ini.
Panjang lebar dia menulis di Instagram Story melahirkan ketidakpuasaan hati apabila tidak menerima jemputan daripada pihak yang menganjurkan malam gala tersebut.
Vlogger ini memang dikenali gemar mengkritik filem tanpa memberi input yang berguna dan sering kali melabelkan filem sebagai sampah lebih-lebih lagi karya anak tempatan.
Agak-agaknya kalau orang tak jemput tu, mungkin ada sebabnya… Mungkin blogger ini perlu tengok semula cara ‘review’ yang ditulisnya.
Adalah lebih baik sekiranya dia memberikan kritikan membina bagi sesebuah filem daripada melabelkannya sebagai sampah. Sekurang-kurangnya dengan ‘idea’ yang diberikannya itu boleh juga dijadikan sebagai panduan kepada para penggiat filem di masa hadapan. Tak gitu? – KopiPlanet.com