AntarabangsaHollywood

Brooklyn Beckham Dikaitkan Dengan Model Majalah Playboy

Anak kepada pasangan David dan Victoria Beckham, Brooklyn telah dikaitkan menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang model majalah Playboy.

Semuanya gara-gara apabila ada pihak yang mendakwa Brooklyn dan model berkenaan, Lexi Wood dilihat berciuman di sebuah kedai tatu di kawasan West Hollywood.

Disebabkan peristiwa tersebut, hubungan percintaan di antara Brooklyn dan Chloe Moretz yang sudah berakhir juga telah hangat diperkatakan.

Seperti yang dipetik daripada US Magazine, Lexi merupakan seorang model cantik berusia 20 tahun dan sudah banyak menjalani penggambaran untuk majalah berkenaan.

Dalam sebuah wawancara bersama GQ Magazine pada tahun lalu, Lexi sempat mendedahkan bahawa dirinya sudah mula menjadi seorang model sejak berusia 16 tahun setelah berpindah ke Paris.

Dengan memiliki wajah yang cantik serta tubuh yang menggoda, tidak menghairankan karier naik dengan begitu mendadak. Malah, gadis berasal dari Kanada itu juga turut menjadi model Vogue di Jepun.

Selain itu, ramai juga yang tidak menyangka gadis yang pernah menjadi mangsa buli ketika kecil itu telah menjadi seorang model popular. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button