
Bruno Mars Menang Besar American Music Awards
Bruno Mars menang besar dalam American Music Awards (AMA’s) 2017 yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, semalam.
Pelantun lagu Uptown Funk itu memenangi sebanyak tujuh trofi AMA’s termasuk kategori utama, Artist of the Year.
Selain Bruno, penyanyi Diana Ross turut menerima penghormatan tertinggi, Anugerah Sepanjang Hayat AMA’s yang disampaikan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya, Michelle Obama menerusi rakaman video sebelum penyanyi lagenda itu menyampaikan lagu hitsnya, I’m Coming Out, Take Me Higher dan The Best Years of My Life.
Anak perempuan Diana, Tracee Ellis Ross bertindak selaku hos bagi majlis anugerah tersebut.
Walaupun menang besar, namun Bruno tidak hadir pada acara tersebut namun ada mengirimkan video bagi menyatakan ucapan penghargaan di atas kemenangannya.
Selain Bruno, antara barisan pemenang lain terdiri daripada penyanyi country, Keith Urban, Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber. – KopiPlanet.com



