AntarabangsaKpop

BTS Kolaborasi Dengan Nicki Minaj Menerusi Single Idol

Kumpulan K-Pop yang semakin diminati di Amerika Syarikat, BTS mencipta kejutan buat peminat mereka apabila tampil berkolaborasi dengan rapper dan penyanyi Nicki Minaj.

Menerusi album terbaharu mereka berjudul Love Yourself-Answer, BTS dan Nicki berkerjasama menerusi lagu bertajuk Idol.

Namun begitu, single itu hanya akan dimuat naik menerusi platform digital dan tidak akan dimasukkan ke dalam jualan bentuk cd.

Ini kerana selepas album mereka siap diterbit, hanya ketika itu mereka baharu mendapat idea untuk berduet dengan Nicki dan perkara itu menyebabkan BTS tidak dapat menyelitkan lagu tersebut menerusi album terbaharu mereka.

Menurut syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertainment, album itu telah mula dipasarkan tepat pada jam 6 petang, semalam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button