• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

BTS Rehat Panjang 2 Bulan Lepas ‘Penat’ Jadi Fenomena Dunia

Selepas bertungkus-lumus bekerja tanpa berehat lama, akhirnya kumpulan terkenal K-pop, BTS mengambil keputusan untuk berehat sebentar selama dua bulan.

BTS tidak berehat sejak bulan Ogos tahun lalu yang mana mereka terlibat dengan konsert jelajah Love Yourself sebelum bersambung dengan konsert Love Yourself: Speak Yourself yang berlangsung dari bulan Mei hingga Julai lalu.

Malah mereka turut lebih banyak menghabiskan masa menjelajah negara lain daripada menetap di negara kelahiran sendiri.

Mereka akan berehat selama dua bulan bermula bulan ini sebelum kembali membuat persembahan di Arab Saudi pada 11 Oktober depan.

Sepanjang percutian itu, ahli kumpulan BTS dikatakan ingin menghabiskan masa bersama keluarga dan orang tersayang selain mengembalikan tenaga mereka sebelum kembali bekerja.

BTS yang popular dnegan lagu Fake Love dan Boy With Luv dianggotai Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend