AntarabangsaKpop

BTS ‘Usik’ Peminat Dengan Poster Solo Sempena Countdown Single Dynamite

Kumpulan BTS ‘mengusik’ peminat setia mereka dengan memuat naik poster solo setiap ahli kumpulan itu bagi meraikan detik ‘countdown’ pelancaran single English terbaharu mereka, Dynamite.

Bakal dilancarkan pada 21 Ogos ini, BTS sebelum ini telah mengeluarkan jadual promosi yang melibatkan single Dynamite kepada peminat mereka yang digelar Army.

Tujuh poster solo yang memaparkan tujuh ahli BTS iaitu Jimin, Jin, V, Hope, RM, Suga dan Jungkook diambil dengan menginspirasikan stail fotografi vintage polaroid.

Selepas ‘teaser’ poster ini, pihak pengurusan BTS, Big Hit Entertainment menjanjikan pelbagai lagi kejutan buat Army yang tidak jemu menyokong kumpulan tersebut sejak penubuhan mereka pada tahun 2013. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button