Cerita ArtisHiburan

Bukan Gimik, Penat Melampau Punca Baby Shima Pengsan

Keletihan melampau dipercayai menjadi punca kepada tumbangnya peserta Big Stage, Baby Shima di atas pentas semalam. Penyanyi itu rebah sebaik habis mendendangkan lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardilla.

Pada mulanya ramai pihak menyifatkan ia mungkin sekadar satu gimik daripada Baby Shima namun keadaan menjadi panik apabila pengurus pentas serta pengacara Alif Satar dan Sherry Al-Hadad meminta pertolongan daripada paramedik bertugas. Dia dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas mendapatkan rawatan.

Difahamkan sehari sebelum konsert mingguan kedua berlangsung, Baby Shima mempunyai satu persembahan pentas di Indonesia dan hanya pulang ke Malaysia pada jam 3 petang semalam sebelum meneruskan persembahan di Big Stage yang bersiaran pada pukul 9 malam.

Menerusi konsert kedua, peserta Fara Hezel yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino telah tersingkir apabila mendapat undian terendah daripada juri profesional serta peminat menerusi aplikasi Tik Tok.

Selain Baby Shima dan Fara Hezel, peserta yang bersaing dalam Big Stage ialah Sissy Imaan, Wani Kayrie, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Tajul, Arif Bahran dan Andi Bernadee.

Pada konsert semalam, persembahan peserta dinilai dua juri tetap, Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza serta juri jemputan, Tomok. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button