Cerita ArtisHiburan

“Bukan Nak Menang Anugerah, Sekadar Meriahkan Industri” – Nur Sajat

Usahawan kecantikan, Nur Sajat mengakui sudah bersedia menerima kritikan dan kecaman daripada netizen susulan muncul dengan single pertamanya yang berjudul Makhluk Penggoda.

Dia menyedari setiap apa yang dilakukannya pasti akan menerima kecaman dan sudah lali melalui episod tersebut.

“Saya dah bersedia terima kritikan orang bila mereka dengar lagu Makhluk Penggoda. Saya sertai bidang nyanyian ini sekadar suka-suka untuk memeriahkan industri hiburan tempatan.

“Bukannya nak caras sesiapa sebab saya menyanyi bukan untuk kejar anugerah pun,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Makhluk Penggoda dan program atas talian Tonton berjudul Nur Sajat Rated Xtra di Bukit Jalil, semalam.

Makhluk Penggoda yang dicipta oleh Aepul Roza dan lirik oleh Iman Imran turut menampilkan rakan baik Sajat, Datuk Seri Aliff Syukri yang turut membuat penampilan khas dalam lagu tersebut.

Menurut usahawan berusia 33 tahun itu, lagu yang didendangkannya itu bukanlah berkisarkan tentang dirinya, sebaliknya ia mengisahkan tentang seorang wanita yang bukan mudah untuk dicintai.

“Lagu ini bukanlah bercerita mengenai saya, sebaliknya ia mewakili kisah wanita-wanita yang kuat, yang tak mudah untuk jatuh cinta atau dicintai.

“Sepatutnya lagu ini dilancarkan sebaik sahaja lagu Abang Nak Tegur keluar tapi disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan baharu sekarang ia dapat menemui pendengar-pendengar semua,” katanya lagi.

Sementara itu, mengenai program realiti pertama Sajat, Nur Sajat Rated Xtra ia boleh diakses dengan melanggan pakej Tonton VIP.

Sebanyak 30 episod video berdurasi tujuh minit berkisarkan urusan seharian yang dilalui Sajat akan dipaparkan menerusi platform digital tersebut.

“Dalam program ini semua adalah realiti, tiada satu babak pun yang saya berlakon. Ia memaparkan 70 peratus tentang perniagaan saya dan selebihnya adalah mengenai kehidupan peribadi saya bersama anak-anak dan keluarga,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button