Cerita ArtisHiburan

Bukan Untuk Timbul Rasa Ghairah – Janna Nick

Susulan rakaman babak ‘bercium’ melibatkan Janna Nick dan Fattah Amin yang hangat diperkatakan baru-baru ini, aktres tersebut menafikan mereka bersentuhan bibir ke bibir bagi menjayakan babak kontroversi terbabit.

Menurut Janna, babak itu langsung tidak melibatkan aksi bercium malah ia dibuat bukan bertujuan untuk menimbulkan rasa ghairah.

“Scene ‘bercium’ itu sendiri tidak bertujuan untuk menunjukkan atau menyampaikan rasa kegersangan, romantik atau rasa manis-manis percintaan. Tidak sama sekali. Scene itu hanyalah bertujuan komikal, scene kelakar.

“Saya tiada masalah dengan video itu sebab masa shooting, kita tahu scene itu untuk apa. Scene itu bukan berniat untuk cium. Malah tak bersentuh, kami berjarak hampir 10 sentimeter.

“Cuma video itu direkod dari sudut yang nampak macam bercium, namun dari angle cameraman (drama Coffee Prince), menang tak nampak (macam bercium),” kata Janna ketika ditemui pada majlis pelancaran telenovela kerjasama dua negara Malaysia-Indonesia, Dia yang berlangsung di pusat beli-belah One Utama, Damansara, semalam.

Salah satu babak ‘cium’ antara Janna Nick dan Fattah Amin dalam drama Coffee Prince yang telah menimbulkan kontroversi.

Menurut pelakon berusia 22 tahun itu, dia tidak akan sesekali melakonkan mana-mana adegan keterlaluan yang boleh menjejaskan imejnya.

Malah, dia berpegang teguh dengan pendiriannya itu bagi memastikan perjalanan seninya sentiasa berjalan lancar.

“Kalau saya rasa sesuatu scene itu tidak patut dibuat, saya tidak akan buat. Tapi kalau saya rasa scene itu masih boleh ditonton umum, masih lagi boleh ditayangkan, scene itu logik, saya akan buat.

“Scene ‘bercium’ saya tak persoalkan (ketika diminta menjayakan babak itu) sebab saya rasa scene yang ditonjolkan itu bertujuan kelakar.

“Saya tak persoalkan babak tersebut sebab sebelum ini banyak scene-scene yang lebih berani pernah saya lakonkan.

“Contohnya kalau berlakon peluk-memeluk pun, itu adalah lagi teruk daripada scene ‘bercium’ ni. Sebab scene perpelukan, kita betul-betul bersentuhan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik sendiri oleh rakan baiknya iaitu Fara Mendoza, Janna mengatakan dia sudah memaafkan aktres baharu itu.

“Dia tak sengaja dan sudah pun minta maaf, dia pun rasa bersalah. Saya tak marahkan dia,” kata aktres kelahiran Kedah itu lagi.

Drama Coffee Prince yang dilakonkan Janna dan Fattah Amin merupakan drama adaptasi dari Korea Selatan berjudul sama yang diterbitkan pada 2007.

Ia diarahkan oleh Michael Ang dan dijadualkan bersiaran di saluran Astro Ria bermula bulan hadapan.

Dalam versi Korea, ia dilakonkan Gong Yoo dan Yoon Eun-hye. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button