AntarabangsaKpop

Buku Lali Cedera Di Kem Tentera, G-Dragon Jalani Pembedahan

Ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dilapor cedera di pergelangan kaki kanan sehingga memaksanya melakukan pembedahan.

G-Dragon kini sedang menjalani latihan khidmat tentera yang diwajibkan ke atas individu lelaki berusia 18 tahun ke atas di Korea Selatan.

Menerusi laporan kesihatan yang dikeluarkan, G-Dragon menerima rawatan di hospital berdekatan kem pada pertengahan April lalu.

Hasil daripada nasihat doktor pakar, pemuda berusia 30 itu perlu menjalani pembedahan supaya kecederaannya itu tidak melarat dan operasi pembedahan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurut laporan itu lagi, kecederaan yang dialami G-Dragon bukan disebabkan latihan keras di kem tentera sebaliknya kecederaan tersebut memang sudah wujud sebelum dia menjejakkan kaki ke kem.

G-Dragon atau nama sebenarnya, Kwon Ji-Yong mendaftar masuk ke kem tentera di Gangwon pada 27 Februari lalu dan dijangka menamatkan latihan pada 26 November 2019. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button