• FOLLOW US
Event, Hiburan

Butterfingers & Cita Citata Antara Selebriti Meriahkan Nusa Fest

Menggabungkan artis popular dari tiga negara serantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura, Nusa Fest yang bakal diadakan pada 7 dan 8 Mac ini akan memberikan kepuasan hiburan maksima kepada pengunjungnya.

Penganjurnya, Shiraz Projects mengambil pendekatan menyatukan pemuzik dari tiga negara sebagai mengeratkan lagi titian persahabatan yang sudah lama terjalin di antara ketiga-tiga negara ini.

Antara nama-nama besar yang akan menghangatkan pentas utama Nusa Fest adalah seperti Butterfingers, Caprice & Badboi, Cita Citata, Exists Reunion, Gerhana Skacinta, Joe Flizzow, Kelompok Penerbang Roket, Maliq & D’Essentilas dan Padi Reborn.

Selain persembahan pentas, festival itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan makanan, barangan budaya serta merchandise serta ruangan kanak-kanak.

Tiket berharga RM100 (sehari) dan RM175 (dua hari) dijual untuk Early Bird manakala tiket biasa berharga RM125 (sehari) dan RM200 (dua hari). Tiket VIP pula berharga RM800 (dua hari). Tiket boleh didapati menerusi www.myticket.asia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend