• FOLLOW US
Event, Hiburan

Butterfingers Masih Berbisa, Konsert Dibanjiri 8,500 Peminat Setia

Butterfingers menerusi konsert Transcendence 20 Tahun yang berlangsung Sabtu lalu ternyata masih berbisa dan memukai peminatnya dengan persembahan bertenaga daripada mereka.

Stadium Malawati Shah Alam dibanjiri seramai 8,500 peminat kumpulan grunge popular era 90-an itu yang datang dari setiap pelusuk negeri. Kebanyakan peminat setia sudah mula memenuhi pekarangan stadium seawal jam 3 petang.

Peminat menantikan persembahan kumpulan itu yang bermula tepat jam 9 malam, menjadi lebih bersemangat apabila Butterfingers membuka tirai dengan lagu ‘berhantu’ mereka, The Chemistry (Between Us).

Suara vokalisnya Emmet ternyata masih ‘padu’ ditambah dengan kolaborasi bertenaga daripada anggota yang lain iaitu Loque (gitar) Kadax (bassist) dan Loko (dram).

Pada mulanya Butterfingers dijadualkan menyanyikan 27 buah lagu namun kumpulan itu terpaksa mengubah rancangan awal dengan menyanyikan hanya 23 sahaja lagu apabila Kadax mengalami sesak nafas pada pertengahan konsert.

Terdahulu, Butterfingers menghentikan persembahan mereka dan penonton menyangka kumpulan itu berhenti untuk berehat seketika. Loque kemudian tampil menjelaskan keadaan sebenar, “Saya nak maklumkan, Kadak diserang sesak nafas dan kita terpaksa hentikan persembahan buat seketika.”

“Kadak tidak dapat teruskan bersama kami, tetapi persembahan tetap akan diteruskan,” kata Loque.

Namun masih tidak menghampakan apabila kumpulan itu sempat menyanyikan lagu-lagu yang sering meniti di bibir peminatnya seperti Girl Friday, Chrome, Vio Pipe, Faculties of Mind, Epitome, Rock & Radical, Moksha dan Mermaid.

Sepanjang 26 tahun penglibatan dalam industri seni, Butterfingers yang digelar Nirvana Malaysia ini pernah menghasilkan enam album studio iaitu 1.2 Miligrams (1996), Butter Worth Pushful (1997), Transcendence (1999), Butter Late Than Never (2000), Malayneum (2001) dan Kembali (2008).

Untuk rekod, Konsert Transcendence 20 Tahun merupakan anjuran bersama Unifi. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Shafiq Shahar

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend