AdvetorialKongsi

Calon DUN Endau, Saiful Nizam Bawa Isu Internet Enam Kawasan Terus Ke MCMC

Susulan aduan yang diterima daripada penduduk berhubung masalah capaian internet di beberapa kawasan DUN Endau, calon Pakatan Harapan, Saiful Nizam Samat bersama Team SS turun padang meninjau sendiri enam lokasi terjejas sebelum mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Saiful Nizam berkata, tinjauan mendapati sebahagian kawasan mengalami capaian internet yang perlahan dan liputan yang tidak stabil, manakala sebahagian lagi langsung tidak mempunyai capaian rangkaian. Keadaan ini memberi kesan kepada urusan pembelajaran, perniagaan serta situasi kecemasan penduduk.

“Saya seorang jurutera dan pengarah syarikat teknologi sebelum ini. Isu macam ini saya faham secara teknikal, bukan sekadar dengar aduan. 

Capaian internet bukan lagi kemewahan, ia merupakan keperluan asas untuk anak-anak belajar, peniaga kecil berniaga, dan keluarga menghubungi perkhidmatan kecemasan. Saya tidak tunggu jadi wakil rakyat dahulu baru bertindak,” jelasnya.

Ujarnya, lokasi yang ditinjau merangkumi Kampung Hubong Barat, Kampung Tanjung Endau (Jalan Dato’ Mohd Ali), Jalan Endau Utama (selepas Taman Eko Rimba Hutan Lipur Gunung Arong), Perumahan SPKR Tenglu (Jalan Pak Wan), Taman Air Merah Makmur, serta Jalan Sempadan Kampung Air Merah–Kampung Bahagia.

Menurutnya lagi, semua aduan dan maklumat yang dikumpulkan telah didokumentasikan dan disalurkan kepada MCMC untuk penilaian teknikal serta tindakan penambahbaikan segera.

Pilihan Raya Negeri Johor akan diadakan pada 11 Julai 2026. Saiful Nizam menggesa rakyat Endau yang mahukan wakil rakyat yang bertindak dahulu sebelum dipilih supaya keluar mengundi calon Pakatan Harapan pada hari tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button