AntarabangsaKpop

Cederakan Bekas Kekasih, Rapper Iron Dijatuhkan Hukuman Penjara Setahun

Rapper Iron telah dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun di atas kesalahan mengugut dan mencederakan bekas teman wanitanya.

Mahkamah Daerah Seoul Tengah telah menjatuhkan hukuman itu selepas Iron didapati bersalah di atas jenayah sekali gus menolak rayuan selebriti tersebut.

Sebelum rayuan didengar, Iron terlebih dahulu dijatuhkan hukuman selama dua tahun dan melakukan servis komuniti selama 80 jam.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, Iron didakwa telah memukul bekas kekasihnya di bahagian muka selepas wanita itu enggan mengikuti kemahuannya mengadakan hubungan seks.

Selepas wanita itu meminta hubungan mereka diputuskan, Iron telah mencekik dan memukul wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan.

Iron sebelum ini membuat kenyataan media mengatakan dia enggan untuk meminta maaf terhadap bekas kekasihnya.

“Sudah tentu saya tidak akan sesekali meminta maaf terhadapnya sebab dia yang telah membuatkan saya bertindak sedemikian.

“Itu yang saya rasa dari pihak saya. Dia pun harus meminta maaf pada saya kalau begitu,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button