• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Cetus Kontroversi, MV Akhir Zaman Bunkface Ditonton Lebih 350,000 Kali

Walaupun baharu dua hari muzik video lirik single terbaharu Bunkface, Akhir Zaman dimuat naik di laman Youtube, sehingga kini ia sudah berjaya mencatatkan sebanyak lebih 370,000 tontonan.

Satu perkembangan yang sihat buat karier seni kumpulan Bunkface yang dianggotai Sam, Paan dan Youk walaupun Akhir Zaman mendapat kecaman daripada sesetengah pihak disebabkan liriknya yang sedikit kontroversi.

Akhir Zaman merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Sam berkisarkan tentang keadaan semasa di Malaysia dan dunia sekeliling.

“Kami mendengar suara-suara semasa peminat dan juga rakyat Malaysia dan sudah menjadi tugas kami untuk menyampaikan suara-suara tersebut. Jadi ini adalah cara kami menyuarakan isu yang benar dengan pendapat yang betul demi agama, demi rakyat dan negara kita Malaysia,” kata Sam mewakili ahli kumpulannya.

Sudah hampir 13 tahun bertapak dalam industri, Bunkface mencipta kejayaan tersendiri apabila lagu-lagu terdahulu mereka seperti Situasi, Revolusi dan Bunk Anthem masih lagi meniti di bibir-bibir peminat setia mereka. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend