• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Chris Pratt Kini Bergelar Suami Kepada Anak Arnold Schwarzenegger

Bintang filem Jurassic World dan Guardians of the Galaxy, Chris Pratt, 39, akhirnya kini bergelar suami kepada anak pelakon filem aksi dan bekas gabenor California, Arnold Schwarzenegger iaitu Katherine Schwarzenegger, Sabtu lalu.

Semalam, menerusi Instagram miliknya Chris berkongsikan gambar perkahwinannya dengan Katherine, 29, yang merupakan seorang penulis.

Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di San Ysidro Ranch, California, Amerika Syarikat.

“Semalam merupakan hari yang paling gembira dalam hidup kami berdua. Kami sah bergelar suami isteri dengan disaksikan ahli keluarga dan orang kesayangan kami. Ia adalah majlis yang sangat intim dan beremosi. Kami sangat teruja untuk memulakan fasa baharu dalam kehidupan,” tulis Chris.

Chris sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Anna Faris di Bali, Indonesia pada 2009 namun disahkan bercerai pada tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, Chris mempunyai seorang anak lelaki, Jack Pratt yang kini berusia tujuh tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend