
Seorang gadis yang berhadapan kontroversi, Wani Comel bertegas mahu mengambil tindakan terhadap pihak yang mengganggu hidupnya serta melemparkan kata-kata kesat.
Menurutnya, sudah terlalu banyak ruang yang diberikan terhadap mereka sehinggakan ada yang sanggup mendoakannya supaya mati dan dia akan membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
“Selepas pengumuman yang dibuat oleh peguam Wani, di sini sekali lagi Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag Wani dengan cubaan gangguan-gangguan, fitnah-fitnah, cacian, makian, hinaan dan apa-apa perkara negatif lain termasuk body shaming Wani, Wani sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM biarpun tempoh 24 jam tersebut belum tamat kerana Wani berhak berbuat demikian demi diri Wani.
“Pihak SKMM berhak dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap anda sekiranya laporan tersebut selaras dengan mana-mana kesalahan di bawah akta, akaun Instagram anda boleh dipadam serta- merta dan anda akan didakwa oleh pihak SKMM,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram.

> Baca: “Paling Tinggi Saya Dapat Bayaran RM350” – Wani Comel Buat Tuntutan Terhadap Usahawan Kosmetik
Sebelum ini, Wani membuat tuntutan terhadap usahawan kosmetik yang juga selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri supaya memenuhi segala yang terkandung di dalam kontrak selaku dirinya sebagai duta produk.
Dalam pada itu, gadis berkenaan juga memberitahu pihaknya telah mengumpulkan semua bukti-bukti seperti komen yang menghina dan mengecam dirinya.
> Baca: Aliff Syukri Tegaskan Pemberian Kereta & Rumah Tiada Dalam Kontrak, RM3,000 Hanya Belas Ihsan
“Sila berfikir dahulu sebelum menulis apa-apa komen atau pun DM Wani. Mereka yang membantu Wani telah mengumpulkan semua bukti-bukti komen anda yang menghina wani, mengecam wani ,menghasut masyarakat untuk provokasi menimbulkan perbalahan hal Wani di media sosial, di Instagram dan DM Wani.
“Pihak wani akan ambil tindakan saman dan terus ke SKMM.Akhir kata, terima kasih kepada mereka yg tak putus2 bantu wani dan mendoakan wani. InsyaAllah keputusan laporan perubatan akan diberitahu bila semuanya dah sedia serta siap. Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan macam tu,” ujarnya. – KopiPlanet.com