HiburanSelebriti

“Paling Tinggi Saya Dapat Bayaran RM350” – Wani Comel Buat Tuntutan Terhadap Usahawan Kosmetik

Seorang gadis, Wani Comel atau Nurul Airawani Nazira Ibrahim bertindak membuat tuntutan terhadap seorang usahawan kosmetik popular berhubung pembabitannya sebagai duta produk usahawan berkenaan.

Menurut Wani, dia hanya mahu menuntut segala hak yang sepatutnya menjadi miliknya seperti telah tertulis di dalam kontrak yang telah dipersetui.

“Apabila dilantik menjadi duta, pelbagai perkara yang telah dijanjikan seperti akan diberikan rumah, kereta serta dibayar sebanyak RM3,000 sebulan sepanjang menjadi duta.

“Bagaimanapun, saya hanya dapat kurang RM1,000 secara keseluruhan. Paling tinggi saya pernah dapat RM350, itupun hanya bayaran untuk membuat content di media sosial sahaja,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa sidang akhbar khas berkenaan isu berkenaan hari ini.

Menurut Wani, dia telah didatangi pihak syarikat usahawan berkenaan baru-baru ini kerana tidak berpuas hati apabila dia mendapat bantuan daripada sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Ujarnya, apa yang lebih menyedihkan apabila kontrak tersebut telah dikoyak di hadapannya oleh wakil pihak syarikat kosmetik tersebut.

“Mereka tidak berpuas hati apabila saya menerima bantuan daripada NGO berkenaan sehingga menuduh saya seorang yang tidak mengenang budi.

“Selain itu, saya juga diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Kemudian saya telah membuat satu laporan polis kerana berasa diri saya seperti terancam,” jelasnya.

Ujarnya, apabila menjadi duta produk, dia telah menjalani pembedahan potong usus yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat berkenaan.

Namun begitu, setelah pembedahan dia seperti tidak diendahkan dan laporan perubatan juga telah disimpan oleh pihak syarikat dan langsung tidak diberikan kepadanya.

“Sehingga sekarang saya mengalami kesakitan di bahagian perut. Saya tidak boleh buat pemeriksaan susulan kerana laporan perubatan tiada di tangan saya.

“Jadi, saya juga mahu menuntut laporan perubatan diberikan, selain tuntutan terhadap semua yang terdapat dalam kontrak,” luahnya yang tidak dapat menahan air mata.

Sementara itu, peguam yang mewakili Wani iaitu Haziq Aizuddin Subhi menyatakan pihaknya telah meneliti kandungan kontrak perjanjian tersebut.

Menurutnya, berdasarkan penelitian ternyata kontak tersebut hanya memberi kelebihan kepada satu pihak sahaja iaitu pihak syarikat.

“Kita sudah menyerahkan surat tuntutan kepada pihak usahawan kosmetik itu untuk menyelesaikan segala tuntutan yang dibuat dalam masa tujuh hari menerusi perbincangan kedua-dua pihak.

“Sekiranya tiada sebarang respons, kami tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sebagai jalan terakhir. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
4
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button