Cerita ArtisHiburan

“Dah Sihat Tulang Belakang, Baru Saya Fikir Hal Kahwin” – Zamani

Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 5 (GV5), Zamani Ibrahim, 47, mendedahkan dia sudah hampir lima tahun berkawan rapat dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya oleh penyanyi tersebut.

Menurut vokalis kumpulan Slam itu, dia mempunyai perancangan untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya namun dia terlebih dahulu mahu mendapatkan rawatan susulan berhubung penyakit tulang belakang yang dihidapinya sejak bertahun lalu.

“Siapa tak mahu kahwin, semua orang nak kahwin, lebih-lebih lagi usia saya pun dah cecah 47 tahun. Dengan duit kemenangan ini, saya nak gunakan untuk merawat sakit tulang belakang (skoliosis). Kalau dah sihat nanti barulah saya boleh fikir hal nak berumah tangga.

“Buat masa ini saya belum nak uar-uarkan sebab takut tak jadi nanti malu. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan si dia ialah dia seorang yang baik dan sangat memahami selain dia menerima saya seadanya. Kalau sudah sampai waktunya (berkahwin), saya akan maklumkan kepada semua,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Zamani ditemui pada majlis sidang media konsert final GV5 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, malam Ahad.

Hasil kemenangan tempat ketiga, Zamani berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan Piala Gegar Vaganza.

Sementara itu, Zamani turut menjelaskan doktor ada menyarankannya untuk melakukan pembedahan bagi membetulkan tulang belakang kanannya, namun sekiranya tidak berjaya, ia berisiko untuk menyebabkannya lumpuh seumur hidup.

“Doktor ada bagi cadangan untuk lakukan pembedahan tapi peluang untuk sihat itu tipis dan sekiranya pembedahan tidak berjaya saya berkemungkinan akan lumpuh dan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Buat masa ini, saya hanya makan ubat tahan sakit sahaja dulu di samping saya masih lagi memikirkan kaedah rawatan mana yang terbaik untuk merawat penyakit ini,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Zamani

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button